Saturday 22 February 2020

KISAH PITT DALAM PERTANIAN EPISOD 1


Pertanian adalah satu perniagaan. Itulah slogan yang digunakan oleh masyarakat zaman sekarang. Siapa sangka orang yang tiada berpendidikan tinggi boleh menjadi kaya raya dengan pertanian pada zaman sekarang. Semangat tidak mudah putus asa, kebijaksanaan,pengalaman,keberanian dan pergorbanan amat diperlukan untuk berjaya dalam bidang pertanian. Semua orang ada kisahnya susah sebelum berjaya. Ini adalah kisah seorang manusia yang bernama Pitt yang sentiasa tidak berputus asa dengan apa yang diminati biarpun gagal banyak kali kerana setiap kegagalan itu adalah pengalaman paling bermakna untuk berjaya. "Tiada kegagalan maka tiada kejayaan". 

Saya memang meminati aktiviti berkebun semenjak dari kecil lagi. Ceritanya bermula ketika saya masih lagi bekerja di Kuala Lumpur sebagai penjawat awam di salah satu sektor kerajaan daripada tahun 2005 dan saya merupakan anak jati kelahiran negeri Sarawak. Pada  3 Disember 2016, hendak dijadikan cerita kononnya, adalah seorang kawan sekerja yang bernama Dominic memesan untuk membeli anak benih pokok durian di Pameran MAHA 2016,MAEPS Serdang,Selangor yang berlangsung dari 1 Disember 2016 hingga 11 Disember 2016. Kebetulan saya memang tengah jalan-jalan sambil cuci mata dengan awek di  pusat Pameran MAHA tersebut. Secara tidak langsung, saya pun turut terjebak membeli beberapa benih pokok durian seperti Musang King, Duri Hitam,Johor Mas dan baka buah-buahan lain. Seterusnya, kawan saya  menanam anak pokok durian yang dibelikan iaitu Duri Hitam di kawasan lapang tempat kami bekerja. Manakala, tidak pula terfikir oleh saya bagaimana hendak membawa anak pokok tersebut ke Sarawak. Pada mulanya, ada terfikir hendak membawa anak pokok tersebut dengan polibeg yang berisi tanah sekali ketika musim perayaan balik kampung. 


Gambar anak pokok Durian Duri Hitam yang saya belikan untuk kawan saya.  
Ditanam di kawasan lapang tempat bekerja di Kuala Lumpur. 
(Gambar diambil pada tarikh 16 April 2020)


Namun saya terfikir beratnya bukan kaleng-kaleng, silap-silap tambah bayaran untuk kargo flight . Walaubagaimana pun, "way" always ada untuk orang yang rajin berfikir dan bertanya. Saya mendapat info dari sebuah tempat nursery anak pokok  bahawa tanah yang ada di dalam polibeg anak pokok tersebut boleh dibuang dan dibersihkan dengan air sehingga akarnya sahaja yang nampak. Kemudian akarnya dibalut dengan surat khabar basah dan di sarung dengan plastik bagi mengelakkan air dari surat khabar tersebut menitis dan membasahi ruangan kargo. Teknik ini dapat meringankan muatan anak pokok tersebut dan juga mengelakkan sekatan daripada pihak penerbangan yang melarang membawa tumbuhan yang masih mengandungi tanah kerana di kuaktiri mengandungi penyakit dan boleh merebak ke Sarawak. Anak pokok tersebut masih boleh bertahan hingga lebih seminggu selagi surat khabar tersebut masih basah. Begitula cara saya membawa anak pokok buah buahan dari semenanjung ke Sarawak. Sampai sahaja di Sarawak, saya akan menyediakan tanah tanpa baja dalam polibeg dan ditanam dalam polibeg tersebut. Baja tidak boleh diberikan pada ketika ini sehingga ianya berumur sebulan lebih. Anak pokok tersebut haruslah diletak di bawah naungan yang tidak terkena secara langsung sinaran matahari dan disiram setiap pagi dan petang selama sebulan. Ibarat anak pokok tersebut menjadi bayi semula. Sepupu saya yang berada di sarawak pun turut selalu mengirim anak pokok buah-buahan daripada saya apabila mengetahui teknik ini berkesan.

Di kampung, saya hanya ada emak dan bapa saya masih telah lama meninggal dunia. Adik beradik lain masing masing bekerja di tempat jauh. Saya masih ingat lagi ketika itu saya bertanya kepada emak saya untuk menanam anak pokok durian yang dibawa dari semenanjung itu. Emak saya memberitahu mana ada kawasan lapang untuk menanam pokok durian tersebut. Kalau betul mahu, lapangkan kawasan tanah belakang rumah katanya. Tanah belakang rumah tersebut kepunyaan emak saya dan saya kira anggaran dalam 2 ekar lebih tetapi masih lagi hutan tebal dan perlu dilapangkan. Entah bagaimana, saya memang bernekad lalu mengupah orang untuk menebas dan menebang pokok-pokok di sekitar kawasan tersebut dengan menggunakan duit pulangan insuran Etiqa saya yang berjumlah RM4,000. Namun hanya setengah daripada keluasan tanah tersebut yang saya lapangkan kerana duit tersebut banyak juga saya gunakan untuk membeli lebih banyak lagi anak pokok durian dan buah buahan. Anak pokok tersebut akhirnya berjaya dipindahkan ke tapak yang telah bersihkan dan dijaga rapi oleh emak saya setelah saya kembali bekerja di Kuala Lumpur. Itu adalah merupakan peringkat pertama penanaman pokok durian dan buah-buahan oleh saya. 


No comments:

Post a Comment